Friday, May 16, 2014

SHUTTER SPEED

Apa itu Shutter Speed?




'Shutter' ialah satu 'tetingkap' atau 'blade' yang akan terbuka dan tertutup, yang membenarkan cahaya masuk ke dalam sensor.


'Shutter speed' pula ialah kelajuan 'blade' itu ditutup apabila sesuatu gambar diambil. Dengan ini, kamera boleh mengawal jumlah cahaya yang masuk dengan mengawal kelajuan shutter pada kamera. Sekiranya anda menggunakan shutter speed yang laju (fast shutter speed), gambar anda akan menjadi lebih tajam (sharp). Kalau anda menggunakan shutter speed yaang perlahan (slow shutter speed), gambar anda akan kelihatan kabur (blur).


Shutter speed dikira dalam unit saat seperti 1/500 saat, 1/10 saat, dan 20 saat.


Gambar dibawah menunjukkan bagaimana shutter pada kamera berfungsi (pergerakan slow motion).




Untuk mengambil gambar yang bergerak laju seperti, pergerakan sebuah kereta, shutter speed juga mestilah laju (contoh shutter speed 1/500 saat). Jika tidak, gambar akan menjadi kabur (blur). Untuk mengambil gambar pergerakan air seperti air terjun, mestilah menggunakan shutter speed yang slow untuk menghasilkan gambar yang cantik (contoh shutter speed 5 saat).

Untuk mengelakkan gambar menjadi blur, pemggunaan shutter speed mestilah tidak kurang daripada 1/60 saat. Sekiranya menggunakan shutter speed 1/60 dan kebawah (1/30, 1/10, 2, 5, ...), penggunaan tripod adalah diperlukan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada hasil gambar anda menjadi blur akibat pergerakan kamera yang tidak statik.




Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed minimum 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini jarang diaplikasi kerana sekarang kebanyakan kamera sudah ada teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) ataupun Vibration Reduction (VR Nikon).


Shutter speed yang terdapat pada kamera, nilai speednya ialah 'double' (approximately) untuk setiap satu. Sebagai contoh pilihan shutter speed yang terdapat pada kamera ialah seperti 1/1000, 1/500, 1/250, 1/125, 1/60, 1/30, 1/15, 1/8 dan seterusnya. Nilai shutter speed sebelumnya lebih kurang dua kali ganda daripada selepasnya.Terdapat juga kamera yang mempunyai 'option' shutter speed 'BULB' atau 'B', iaitu kiraan masa shutter speed bermula dari kita menekan button sehigga melepaskannya (shutter release button). Shutter akan terus terbuka selagi kita tidak melepaskan button tersebut.


Kaitan shutter speed dengan jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera:



Namun sekiranya ingin menggunakan shutter speed yang laju atau perlahan, anda boleh menukar setting aperture untuk menghasilkan gambar yang baik. Sekiranya ingin menggunakan shutter speed yang laju (contoh 1/1000 saat), aperture mestilah bukaan besar (contoh f/2), dan sekiranya ingin menggunakan shutter speed perlahan (contoh 1/15 saat), aperture mestilah bukaan kecil (contoh f/16). Ini untuk mengelakkan gambar menjadi over ataupun under. Rujuk gambar dibawah untuk lebih faham.




Contoh gambar penggunaan shutter speed dan gambar yang dihasilkan.




No comments:

Post a Comment