Friday, May 16, 2014

COMPOSITION





Apa itu komposisi (Composition)

Secara ringkasnya, komposisi ialah teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar. Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik. 

Penting ke komposisi?


Penting. Komposisilah yang membezakan antara satu gambar dengan gambar yang lain, yang membezakan berapa tinggi nilai seni sesuatu gambar.
Terdapat 7 perkara penting dalam komposisi fotografi.

1. Pastikan gambar anda mempunyai Point of Interest (POI). POI adalah kawasan yang akan menarik mata penonton melihatnya. Pastikan POI anda unik di dalam gambar. 




2. Letakkan subjek pada tempat yang paling menarik dalam framing anda. Tidak semestinya anda perlu meletakkan subjek ditengah. Cari posisi yang paling menarik.




3. Ringkaskan gambar anda. Hanya masukkan elemen yang paling penting dan yang mahu diceritakan. Samada mengurangkan elemen, ataupun mengurangkan warna, boleh memberikan penceritaan tertentu.




4. Sudut pandang juga penting. Anda boleh mengambil dari sudut paras mata, sudut bawah, atau sudut atas. Setiap satu akan beri impak psikologi tertentu.



5. Bentuk. Setiap perkara yang dirakam mempunyai bentuk. Sesetengah benda mungkin lebih menarik sekiranya kita rakamkan bentuknya. Sudut dan cahaya memainkan peranan untuk merakam bentuk sesuatu objek.



6. Garisan. Asas penghasilan bentuk, adalah menggunakan garisan. Amati dan lihat bagaimana garisan boleh memberikan impak dalam gambar.



7. Perspektif akan beri kedalaman dalam gambar.

2 comments: