BALANCE
Terdapat banyak jenis 'keseimbangan' dalam gambar; sebagai contoh, campuran dekat dan jauh objek, campuran terang dan gelap, dan lain-lain. Kurang keseimbangan biasanya tidak bagus, sebagai contoh, gambar dengan terlalu banyak cahaya dan tidak kontra.
Gambar di bawah mempunyai keseimbangan tona terang/gelap, latar depan/belakang, kawasan tajam/lembut.
Gambar seterusnya mempunyai keseimbangan cahaya/bayang-bayang dan teknologi/alam semulajadi.
Di bawah ini adalah kebanyakan white balance yang ada pada DSLR anda. Setiap satu white balance ini dipanggil sebagai preset.
Sebagai tambahan, terdapat 3 lagi pilihan white balance yang biasanya ada dalam DSLR iaitu AUTO WHITE BALANCE (AWB),KELVIN (K) dan juga CUSTOM WHITE BALANCE.
Untuk memilih white balance yang betul, kita perlu melihat sumber cahaya yang kita gunakan untuk merakam subjek. Sekiranya anda merakam dibawah lampu tungsten, tukarlah preset anda kepada Preset Tungsten. Sekiranya anda merakam dibawah cahaya matahari, gunakanlah Direct Sunlight dan sekiranya mendung berawan, gunakan cloudy.
KELVIN
Berikut adalah carta ukuran kelvin yang mewakili setiap preset White Balance. Menggunakan KELVIN adalah lebih tepat berbanding menggunakan AWB dan mudah ditukar sekiranya kita ingat ukuran ini.
No comments:
Post a Comment