Friday, May 16, 2014

APERTURE


Aperture adalah bukaan pada lensa yang membenarkan cahaya melaluinya dan jatuh ke atas sensor.

Semakin besar bukaan aperture, semakin banyaklah cahaya yang masuk dan gambar akan lebih terang.
Bukaan aperture dan Nombornya.



Setting aperture dan shutter dalam kamera.


Kesan Aperture kepada Kecerahan Gambar

Perhatikan impak aperture yang berbeza terhadap satu gambar yang sama, dengan setting ISO dan shutter speed yang sama.

Gambar di atas mempunyai Dedahan (Exposure) yang cukup dengan Aperture f4.


Apabila kita mengubah aperture kepada f/8, gambar menjadi lebih gelap kerana cahaya yang masuk semakin berkurangan, akibat bukaan aperture yang semakin kecil.


Apabila kita mengubah Aperture kepada f/2.8, dan ISO serta Shutter speed masih sama, gambar menjadi lebih terang. Ini disebabkan bukaan aperture lebih besar dan cahaya masuk lebih banyak. Gambar ini dipanggil gambar overexposed kerana maklumat seperti warna baju sudah terlalu terang.


Aperture dan Depth Of Field

Aperture juga digunakan untuk mengawal kreativiti depth of field.
Dengan aperture besar seperti f/2.8, anda boleh mendapat depth of field nipis seperti bunga dibawah. Perhatikan subjek sharp dan latar sudah out of focus.


Dan dengan aperture yang kecil, anda boleh mendapat Depth of field yang luas seperti gambar dibawah. Depth of field yang luas memberikan ketajaman imej sehingga kepada latarbelakangnya.



Untuk memahami lebih lanjut lagi, perhatikan dua contoh Depth Of field yang berbeza dibawah, menggunakan aperture yang berbeza




No comments:

Post a Comment