Friday, May 16, 2014

EXPOSURE


Pengenalan Kepada Exposure
Exposure juga dikenali sebagai dedahan cahaya. Exposure yang terlalu tinggi menyebabkan gambar akan menjadi terlalu cerah (overexposure) manakala exposure yang rendah menyebabkan gambar yang diambil menjadi gelap (underexposure).

Bagaimana Mengawal Exposure?

Exposure boleh dikawal dengan 3 cara iaitu melalui shutter speed, aperture dan ISO. Untuk permulaan, saya akan terangkan macam mana nak kawal exposure supaya exposure gambar seimbang.
4729768775 24233e1848 Apa itu Exposure?     Exposure Meter berbeza mengikut model kamera 
Perhatikan gambar di atas, terdapat nombor dari -4,-3,-2,-1,0,1,2,3,4. Setiap nombor mewakili tahap exposure yang berbeza. Jika exposure berada pada -1,-2,-3,-4, imej atau gambar yang diambil menjadi gelap dan sebaliknya jika exposure berada pada 1,2,3,4, imej akan terlalu terang. Untuk mendapat gambar yang seimbang tahap exposurenya, pastikan anak panah berada pada 0.
Gambar di bawah menunjukkan 3 imej yang sama, tetapi exposure yang berlainan.
4729858037 b6473bb5bc b Apa itu Exposure?kiri:underexposure| tengah:normal exposure| kanan:overexposure
Contoh lain adalah seperti berikut.




Apa itu Segitiga Dedahan?












ISO
  • ISO pulak kesensitifan sensor terhadap cahaya. Kalau dulu orang pakai filem dan setiap filem tu ada gred atau nombor seperti 100, 200, dan 400 bergantung kepada tempat yang kita nak shot. Kalau shot di tempat yang cerah, biasanya filem 100 atau 200 dan sebaliknya, kalau shot dalam keadaan yang kurang cahaya seperti waktu malam, filem 400 dan keatas dipakai.
  • Pada zaman sekarang, filem dah digantikan dengan sensor. Sensor membolehkan kita untuk mengubah ISO, tidak seperti filem.
  • Semakin tinggi ISO, semakin sensitif sensor terhadap cahaya. Gambar boleh diambil di tempat yang gelap tanpa menggelapkan gambar tersebut dan begitulah sebaliknya.
  • Tetapi semakin tinggi ISO, ‘noise’ juga akan semakin kelihatan.
4723963153 9584113b87 3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca
Kaitan antara ISO dan “noise”

PANDUAN MEMILIH EXPOSURE MODE

2538114674_baee83ba20

Exposure mode adalah di antara setting yang paling penting pada sesebuah kamera, membolehkan anda memilih setting yang sesuai dengan subjek atau situasi yang dikehendaki. Mode-mode exposure yang biasa terdapat pada DSLR atau kamera kompak ialah:
    • P (Program)
    • A / Av (Aperture Priority)
    • S / Tv (Shutter Priority)
    • M (Manual)
Selain mode-mode di atas, anda boleh perhatikan terdapat mode exposure yang mempunyai icon-icon kecil (scene mode). Setiap exposure mode ada kegunaannya tersendiri.

Auto

Dalam mode auto, semua setting akan dikawal oleh kamera.

P (Programmable)

Sama sahaja macam mode auto, kamera akan set aperture dan shutter speed secara automatik, yang bezanya dalam mode ini, anda masih boleh nilai exposure dan setting lain.

A/Av (Aperture Priority)

Anda boleh mengubaht aperture sesuka hati dan kamera akan sesuaikan shutter speed secara automatik. Untuk potret, kecilkan nilai F (cth: f1.8,f2.8) untuk dapat kesan bokeh, untuk landskap, naikkan nilai F (f9, f10) supaya semua objek terfokus. Kebanyakan jurugambar menggunakan mode ini.

S/Tv (Shutter Priority)

Berlawanan dengan A mode, S mode membolehkan anda mengawal shutter speed dan aperture dikawal oleh kamera secara automatik. Biasanya digunakan dalam “sport photography” dimana kita “freeze” pergerakan.

M (Manual)

Dalam mode manual, anda boleh mengawal kedua-dua shutter speed dan aperture.  Sesuai digunakan dalam keadaan cahaya yang tetap seperti dalam studio. Tidak praktikal digunakan untuk luar (outdoor) memandangkan cahaya sentiasa berubah.

No comments:

Post a Comment