Friday, May 16, 2014

BALANCE


Terdapat banyak jenis 'keseimbangan' dalam gambar; sebagai contoh, campuran dekat dan jauh objek, campuran terang dan gelap, dan lain-lain. Kurang keseimbangan biasanya tidak bagus, sebagai contoh, gambar dengan terlalu banyak cahaya dan tidak kontra.  


Gambar di bawah mempunyai keseimbangan tona terang/gelap, latar depan/belakang, kawasan tajam/lembut.

Balance in Nature

Gambar seterusnya mempunyai keseimbangan cahaya/bayang-bayang dan teknologi/alam semulajadi.
Wind farm



Di bawah ini adalah kebanyakan white balance yang ada pada DSLR anda. Setiap satu white balance ini dipanggil sebagai preset.


Sebagai tambahan, terdapat 3 lagi pilihan white balance yang biasanya ada dalam DSLR iaitu AUTO WHITE BALANCE (AWB),KELVIN (K) dan juga CUSTOM WHITE BALANCE.

Kiri-> gambar terlalu suam, menggunakan white balance yang salah
Kanan-> gambar dengan white balance yang betul

Untuk memilih white balance yang betul, kita perlu melihat sumber cahaya yang kita gunakan untuk merakam subjek. Sekiranya anda merakam dibawah lampu tungsten, tukarlah preset anda kepada Preset Tungsten. Sekiranya anda merakam dibawah cahaya matahari, gunakanlah Direct Sunlight dan sekiranya mendung berawan, gunakan cloudy.
White balance yang salah akan menyebabkan gambar dengan warna yang salah. Dalam gambar ini, sumber cahaya adalah cahaya dalam suasana berawan.
Kiri -> White balance flourescent. Pilihan yang salah
Kanan -> White balance cloudy. Pilihan yang betul

Carta White Balance untuk Rujukan anda.


KELVIN

Berikut adalah carta ukuran kelvin yang mewakili setiap preset White Balance. Menggunakan KELVIN adalah lebih tepat berbanding menggunakan AWB dan mudah ditukar sekiranya kita ingat ukuran ini.
Carta White balance

DEPTH OF FIELD


Depth Of Field (DOF) merupakan terma yang diguna pakai unutk membicarakan perihal kawasan dihadapan dan dibelakang focus point utama (subjek) yang akan kekal “sharp” atau berada didalam fokus. DOF dipengaruhi oleh aperture, jarak subjek, focal length, dan saiz atau format filem atau sensor.

Aperture yang luas seperti F/1.2 atau F1.8 mempunyai DOF yang cetek. Apa-apa subjek yang berada dihadapan atau dibelakang focus point utama akan kelihatan kabur atau out-of-focus. Aperture yang kecil seperti F/11 atau F/16 mempunyai DOF yang lebih dalam. Subjek yang terletak didalam sesuatu range dihadapan ataupun dibelakang focus point utama akan kelihatan sharp atau in-focus. Gambar rajah berikut menerangkan sesuatu range berbandingkan F-stop yang digunakan. Harus diingatkan bahawa, bagi setiap F-stop yang tetap, julatnya (range) akan berubah mengikut focal length yang dipilih. 







F/1.2


F/2.8 

F/4


F/5.6


F/8


F/11





F/16

















RULE OF THIRDS


Rule of thirds adalah teori berkenaan komposisi gambar. Biasanya, bila rakam gambar, kita akan 'compose' supaya subjek kita berada di bahagian tengah gambar. Cara ini tidak salah, tetapi kurang menarik kerana 'straight forward'.

Untuk lebih kreatif, kita boleh 'compose' gambar kita supaya subjek berada di bahagian lain selain dari bahagian tengah gambar kita. Tetapi, bagaimanakah komposisi subjek yang paling sesuai dalam sesuatu gambar? Teori rule of third ini memberikan panduan kepada kita dimana harus kita letakkan subjek kita di dalam gambar yang dirakam.

rule-of-thirds


Untuk menggunakan teori rule of third, anda perlu bayangkan 2 garis menegak dan 2 garis melintang dalam viewfinder anda. Garisan-garisan ini perlu menghasilkan 9 bahagian yang sama besar. Ingat, anda perlu bayangkan sahaja garisan ini, garisan ini tidak terdapat dalam viewfinder anda. Untuk menepati teori rule of third, subjek anda perlu berada pada mana-mana titik pertemuan garisan-garisan ini. Ada 4 titik pertemuan kesemuanya. Jika anda tidak dapat letakkan subjek anda pada salah satu titik pertemuan ini, sekurang-kurangnya, subjek anda mesti berada hampir dengan titik pertemuan ini. Menurut kajian, jika subjek anda berada pada salah satu titik pertemuan garisan menegak dan melintang ini, subjek akan jadi lebih ‘outstanding’ atau menyerlah di dalam gambar.



Biasanya, tanpa menggunakan teori rule of third, jurugambar akan meletakkan subjek di bahagian tengah gambar. Cara ini tidak mengikuti panduan rule of third. Hasilnya, gambar akan nampak kurang menarik dari segi komposisi.



Apabila seseorang jurugambar ingin meletakkan subjek selain dari di bahagian tengah gambar, tetapi tidak mengikuti teori rule of third, hasil gambarnya juga akan jadi kurang menarik dari segi komposisi. Gambar dengan komposisi seperti gambar di atas ini tidak mengikuti panduan rule of third kerana subjek tidak berada di titik pertemuan garisan menegak dan garisan melintang.



Gambar di atas dirakam dengan komposisi yang betul menepati teori rule of third kerana subjek (badan burung) diletakkan pada titik pertemuan garisan tegak dan melintang. Komposisi gambar ini kelihatan lebih menarik. Nota: Selain dari rule of third, anda juga perlu pertimbangkan mengenai looking room. Looking room atau ruang pandangan adalah ruang kosong di hadapan subjek anda sekiranya subjek anda memandang ke kanan atau memandang ke kiri (Dikecualikan jika subjek memandang kamera atau membelakangkan kamera). Seperti burung helang di atas, dengan guna teknik looking room, kita membiarkan ruang kosong di hadapan burung helang. Adalah menyalahi panduan looking room jika kita letakkan burung helang pada titik atas sebelah kanan atau titik bawah sebelah kanan.



Teori rule of third hanyalah sebagai panduan untuk komposisi yang baik. Disebabkan fotografi adalah seni dan seni adalah subjektif, adakalanya, kita boleh ‘melanggar’ peraturan dengan tidak mengikuti panduan yang ditetapkan oleh rule of third. Gambar di atas tidak mengikuti teori rule of third kerana badan burung tidak berada pada titik pertemuan garisan menegak dan melintang. Namun, dengan komposisi ini, gambar juga kelihatan menarik kerana kita dapat lihat percikan air di belakang burung yang sedang terbang.



COMPOSITION





Apa itu komposisi (Composition)

Secara ringkasnya, komposisi ialah teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar. Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik. 

Penting ke komposisi?


Penting. Komposisilah yang membezakan antara satu gambar dengan gambar yang lain, yang membezakan berapa tinggi nilai seni sesuatu gambar.
Terdapat 7 perkara penting dalam komposisi fotografi.

1. Pastikan gambar anda mempunyai Point of Interest (POI). POI adalah kawasan yang akan menarik mata penonton melihatnya. Pastikan POI anda unik di dalam gambar. 




2. Letakkan subjek pada tempat yang paling menarik dalam framing anda. Tidak semestinya anda perlu meletakkan subjek ditengah. Cari posisi yang paling menarik.




3. Ringkaskan gambar anda. Hanya masukkan elemen yang paling penting dan yang mahu diceritakan. Samada mengurangkan elemen, ataupun mengurangkan warna, boleh memberikan penceritaan tertentu.




4. Sudut pandang juga penting. Anda boleh mengambil dari sudut paras mata, sudut bawah, atau sudut atas. Setiap satu akan beri impak psikologi tertentu.



5. Bentuk. Setiap perkara yang dirakam mempunyai bentuk. Sesetengah benda mungkin lebih menarik sekiranya kita rakamkan bentuknya. Sudut dan cahaya memainkan peranan untuk merakam bentuk sesuatu objek.



6. Garisan. Asas penghasilan bentuk, adalah menggunakan garisan. Amati dan lihat bagaimana garisan boleh memberikan impak dalam gambar.



7. Perspektif akan beri kedalaman dalam gambar.

SHUTTER SPEED

Apa itu Shutter Speed?




'Shutter' ialah satu 'tetingkap' atau 'blade' yang akan terbuka dan tertutup, yang membenarkan cahaya masuk ke dalam sensor.


'Shutter speed' pula ialah kelajuan 'blade' itu ditutup apabila sesuatu gambar diambil. Dengan ini, kamera boleh mengawal jumlah cahaya yang masuk dengan mengawal kelajuan shutter pada kamera. Sekiranya anda menggunakan shutter speed yang laju (fast shutter speed), gambar anda akan menjadi lebih tajam (sharp). Kalau anda menggunakan shutter speed yaang perlahan (slow shutter speed), gambar anda akan kelihatan kabur (blur).


Shutter speed dikira dalam unit saat seperti 1/500 saat, 1/10 saat, dan 20 saat.


Gambar dibawah menunjukkan bagaimana shutter pada kamera berfungsi (pergerakan slow motion).




Untuk mengambil gambar yang bergerak laju seperti, pergerakan sebuah kereta, shutter speed juga mestilah laju (contoh shutter speed 1/500 saat). Jika tidak, gambar akan menjadi kabur (blur). Untuk mengambil gambar pergerakan air seperti air terjun, mestilah menggunakan shutter speed yang slow untuk menghasilkan gambar yang cantik (contoh shutter speed 5 saat).

Untuk mengelakkan gambar menjadi blur, pemggunaan shutter speed mestilah tidak kurang daripada 1/60 saat. Sekiranya menggunakan shutter speed 1/60 dan kebawah (1/30, 1/10, 2, 5, ...), penggunaan tripod adalah diperlukan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada hasil gambar anda menjadi blur akibat pergerakan kamera yang tidak statik.




Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed minimum 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini jarang diaplikasi kerana sekarang kebanyakan kamera sudah ada teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) ataupun Vibration Reduction (VR Nikon).


Shutter speed yang terdapat pada kamera, nilai speednya ialah 'double' (approximately) untuk setiap satu. Sebagai contoh pilihan shutter speed yang terdapat pada kamera ialah seperti 1/1000, 1/500, 1/250, 1/125, 1/60, 1/30, 1/15, 1/8 dan seterusnya. Nilai shutter speed sebelumnya lebih kurang dua kali ganda daripada selepasnya.Terdapat juga kamera yang mempunyai 'option' shutter speed 'BULB' atau 'B', iaitu kiraan masa shutter speed bermula dari kita menekan button sehigga melepaskannya (shutter release button). Shutter akan terus terbuka selagi kita tidak melepaskan button tersebut.


Kaitan shutter speed dengan jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera:



Namun sekiranya ingin menggunakan shutter speed yang laju atau perlahan, anda boleh menukar setting aperture untuk menghasilkan gambar yang baik. Sekiranya ingin menggunakan shutter speed yang laju (contoh 1/1000 saat), aperture mestilah bukaan besar (contoh f/2), dan sekiranya ingin menggunakan shutter speed perlahan (contoh 1/15 saat), aperture mestilah bukaan kecil (contoh f/16). Ini untuk mengelakkan gambar menjadi over ataupun under. Rujuk gambar dibawah untuk lebih faham.




Contoh gambar penggunaan shutter speed dan gambar yang dihasilkan.




APERTURE


Aperture adalah bukaan pada lensa yang membenarkan cahaya melaluinya dan jatuh ke atas sensor.

Semakin besar bukaan aperture, semakin banyaklah cahaya yang masuk dan gambar akan lebih terang.
Bukaan aperture dan Nombornya.



Setting aperture dan shutter dalam kamera.


Kesan Aperture kepada Kecerahan Gambar

Perhatikan impak aperture yang berbeza terhadap satu gambar yang sama, dengan setting ISO dan shutter speed yang sama.

Gambar di atas mempunyai Dedahan (Exposure) yang cukup dengan Aperture f4.


Apabila kita mengubah aperture kepada f/8, gambar menjadi lebih gelap kerana cahaya yang masuk semakin berkurangan, akibat bukaan aperture yang semakin kecil.


Apabila kita mengubah Aperture kepada f/2.8, dan ISO serta Shutter speed masih sama, gambar menjadi lebih terang. Ini disebabkan bukaan aperture lebih besar dan cahaya masuk lebih banyak. Gambar ini dipanggil gambar overexposed kerana maklumat seperti warna baju sudah terlalu terang.


Aperture dan Depth Of Field

Aperture juga digunakan untuk mengawal kreativiti depth of field.
Dengan aperture besar seperti f/2.8, anda boleh mendapat depth of field nipis seperti bunga dibawah. Perhatikan subjek sharp dan latar sudah out of focus.


Dan dengan aperture yang kecil, anda boleh mendapat Depth of field yang luas seperti gambar dibawah. Depth of field yang luas memberikan ketajaman imej sehingga kepada latarbelakangnya.



Untuk memahami lebih lanjut lagi, perhatikan dua contoh Depth Of field yang berbeza dibawah, menggunakan aperture yang berbeza




EXPOSURE


Pengenalan Kepada Exposure
Exposure juga dikenali sebagai dedahan cahaya. Exposure yang terlalu tinggi menyebabkan gambar akan menjadi terlalu cerah (overexposure) manakala exposure yang rendah menyebabkan gambar yang diambil menjadi gelap (underexposure).

Bagaimana Mengawal Exposure?

Exposure boleh dikawal dengan 3 cara iaitu melalui shutter speed, aperture dan ISO. Untuk permulaan, saya akan terangkan macam mana nak kawal exposure supaya exposure gambar seimbang.
4729768775 24233e1848 Apa itu Exposure?     Exposure Meter berbeza mengikut model kamera 
Perhatikan gambar di atas, terdapat nombor dari -4,-3,-2,-1,0,1,2,3,4. Setiap nombor mewakili tahap exposure yang berbeza. Jika exposure berada pada -1,-2,-3,-4, imej atau gambar yang diambil menjadi gelap dan sebaliknya jika exposure berada pada 1,2,3,4, imej akan terlalu terang. Untuk mendapat gambar yang seimbang tahap exposurenya, pastikan anak panah berada pada 0.
Gambar di bawah menunjukkan 3 imej yang sama, tetapi exposure yang berlainan.
4729858037 b6473bb5bc b Apa itu Exposure?kiri:underexposure| tengah:normal exposure| kanan:overexposure
Contoh lain adalah seperti berikut.




Apa itu Segitiga Dedahan?












ISO
  • ISO pulak kesensitifan sensor terhadap cahaya. Kalau dulu orang pakai filem dan setiap filem tu ada gred atau nombor seperti 100, 200, dan 400 bergantung kepada tempat yang kita nak shot. Kalau shot di tempat yang cerah, biasanya filem 100 atau 200 dan sebaliknya, kalau shot dalam keadaan yang kurang cahaya seperti waktu malam, filem 400 dan keatas dipakai.
  • Pada zaman sekarang, filem dah digantikan dengan sensor. Sensor membolehkan kita untuk mengubah ISO, tidak seperti filem.
  • Semakin tinggi ISO, semakin sensitif sensor terhadap cahaya. Gambar boleh diambil di tempat yang gelap tanpa menggelapkan gambar tersebut dan begitulah sebaliknya.
  • Tetapi semakin tinggi ISO, ‘noise’ juga akan semakin kelihatan.
4723963153 9584113b87 3 Asas Fotografi Yang Perlu Korang Baca
Kaitan antara ISO dan “noise”

PANDUAN MEMILIH EXPOSURE MODE

2538114674_baee83ba20

Exposure mode adalah di antara setting yang paling penting pada sesebuah kamera, membolehkan anda memilih setting yang sesuai dengan subjek atau situasi yang dikehendaki. Mode-mode exposure yang biasa terdapat pada DSLR atau kamera kompak ialah:
    • P (Program)
    • A / Av (Aperture Priority)
    • S / Tv (Shutter Priority)
    • M (Manual)
Selain mode-mode di atas, anda boleh perhatikan terdapat mode exposure yang mempunyai icon-icon kecil (scene mode). Setiap exposure mode ada kegunaannya tersendiri.

Auto

Dalam mode auto, semua setting akan dikawal oleh kamera.

P (Programmable)

Sama sahaja macam mode auto, kamera akan set aperture dan shutter speed secara automatik, yang bezanya dalam mode ini, anda masih boleh nilai exposure dan setting lain.

A/Av (Aperture Priority)

Anda boleh mengubaht aperture sesuka hati dan kamera akan sesuaikan shutter speed secara automatik. Untuk potret, kecilkan nilai F (cth: f1.8,f2.8) untuk dapat kesan bokeh, untuk landskap, naikkan nilai F (f9, f10) supaya semua objek terfokus. Kebanyakan jurugambar menggunakan mode ini.

S/Tv (Shutter Priority)

Berlawanan dengan A mode, S mode membolehkan anda mengawal shutter speed dan aperture dikawal oleh kamera secara automatik. Biasanya digunakan dalam “sport photography” dimana kita “freeze” pergerakan.

M (Manual)

Dalam mode manual, anda boleh mengawal kedua-dua shutter speed dan aperture.  Sesuai digunakan dalam keadaan cahaya yang tetap seperti dalam studio. Tidak praktikal digunakan untuk luar (outdoor) memandangkan cahaya sentiasa berubah.